Daurah
Menghidupkan hak setiap huruf 2.0
Daurah tajwid al-Quran bersama Ustaz Syazani Jemy: hukum-hakam Ra’, maratib al-tafkhim dan kesalahan sifat huruf yang biasa berlaku.
Pilih pakej
Nota + rakaman sahaja
Tanpa penyertaan kelas secara langsung. Nota dan rakaman disediakan selepas daurah pada 14 November 2026.
Caj pemprosesan bayaran RM1 dikenakan bagi setiap transaksi berbayar.
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma pendaftaran dan polisi privasi.
Tentang program ini
Pernah tertanya-tanya mengapa sesetengah huruf hijaiyyah perlu dibaca dengan lebih tebal atau nipis? Bagaimana pula cara mengenal pasti kesalahan sifat huruf ketika membaca al-Quran? Fokus daurah: • Hukum-hakam Ra’ • Maratib al-tafkhim • Kesalahan sifat yang biasa berlaku pada huruf-huruf hijaiyyah • Memahami dan menghidupkan hak setiap huruf dalam bacaan al-Quran Bersama Ustaz Syazani Jemy, pemegang Sanad Al-Quran Qiraat 10, Imam Terawih Masjid Negara dan Johan Hafazan Kebangsaan MTHQK 2017. Sabtu, 14 November 2026, 8.00–10.00 pagi, waktu Malaysia. Program diadakan secara dalam talian. Tempat adalah terhad. Ajak sahabat anda untuk sama-sama menimba ilmu. Jangan sekadar membaca, tetapi pelajari cara memberikan hak kepada setiap huruf sebagaimana yang sepatutnya.

