Polisi pembatalan dan bayaran balik
Polisi ini menerangkan syarat dan kelayakan untuk mendapatkan bayaran balik bagi pendaftaran kelas, daurah dan rakaman di Al-Darimi Academy.
Daurah dan rakaman
Bayaran bagi pendaftaran daurah atau pembelian rakaman tidak boleh dikembalikan setelah pendaftaran dibuat.
Sekiranya peserta tidak dapat menghadiri daurah, penyertaan boleh dipindahkan kepada peserta lain dengan memaklumkan pihak urus setia sebelum program bermula.
Kelas mengaji peribadi
Sebarang permohonan pembatalan langganan atau bayaran balik bagi kelas mengaji peribadi akan dinilai oleh pihak urus setia berdasarkan jumlah sesi yang telah dijalankan serta keadaan setiap permohonan.
Bayaran bagi sesi yang telah berlangsung tidak akan dikembalikan secara automatik.
Sila hubungi pihak kami untuk menyemak kelayakan dan jumlah bayaran yang boleh dikembalikan.
Cara memohon
Permohonan bayaran balik boleh dibuat melalui WhatsApp dengan menyertakan maklumat berikut:
- Nama peserta
- E-mel yang digunakan semasa pendaftaran
- Nama program atau kelas
- Nombor rujukan pendaftaran
- Sebab permohonan
Pihak urus setia akan menyemak rekod pendaftaran dan memaklumkan keputusan permohonan serta jumlah bayaran balik yang diluluskan, jika ada.
Bagi permohonan bayaran balik penuh yang diluluskan, jumlah yang dikembalikan akan merangkumi keseluruhan baki bayaran yang layak dipulangkan, termasuk caj pemprosesan RM1 yang dikenakan semasa transaksi.
Bagi bayaran balik separa pula, jumlah yang dikembalikan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak urus setia.
Proses bayaran balik
Bayaran balik yang diluluskan akan diproses melalui penyedia perkhidmatan pembayaran dan dikreditkan semula ke kaedah pembayaran asal, sekiranya disokong.
Tempoh penerimaan bayaran balik bergantung pada pihak bank atau penyedia perkhidmatan pembayaran yang terlibat.
Pihak kami akan memaklumkan kepada pemohon setelah permohonan bayaran balik dihantar untuk diproses.
Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan bayaran balik, sila hubungi Al-Darimi Academy melalui WhatsApp.
Polisi ini hendaklah dibaca bersama Terma Pendaftaran.